Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban mencadangkan agar satu resolusi diusul bagi mengekalkan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg sebagai presiden parti pada konvensyen parti itu tahun hadapan. Foto TVS

PBB Bukit Saban sokong Abang Johari kekal Presiden PBB tanpa bertanding

ByDouglas Elliot

KUCHING, 17 Nov: Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban mencadangkan agar satu resolusi diusul bagi mengekalkan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg sebagai presiden parti pada konvensyen parti itu tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Abang Johari telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dan berwawasan serta usahanya dalam bidang tenaga bersih dan ekonomi hijau telah diiktiraf di peringkat global.

“Dengan beliau masih menerajui PBB dan Sarawak, kita berada di bawah kepimpinan yang sangat baik.

“Kita telah diiktiraf sebagai wilayah berpendapatan tinggi dan saya yakin kita akan dapat mengekalkan status ini pada tahun-tahun yang akan datang,” katanya dalam mesyuarat perwakilan Wanita dan Pemuda PBB Bukit Saban, hari ini.

Uggah juga berkata, Abang Johari telah menunjukkan kebijaksanaan dalam meningkatkan hasil pendapatan negeri setiap tahun.

“Pada pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak 2025 pada minggu lepas juga, beliau telah mengumumkan kutipan hasil sebanyak RM14.2 bilion untuk tahun 2025 serta dana pembangunan sebanyak RM10 bilion.

Pencapaian ini adalah yang tertinggi sejak kemerdekaan kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Uggah turut mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi PBB Bukit Saban tanpa bertanding.

Cadangan untuk pengekalan itu dikemukakan oleh bekas Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat dan mendapat sokongan kuat daripada pemimpin dari seluruh 17 ranting. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan