Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd mengesahkan kejadian letupan kecil yang berlaku di kilang tersebut di Taman Perindustrian Samalaju, BIntulu kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. Foto JBPM

OM Materials sahkan kejadian letupan kecil, tiada kecederaan dilaporkan

BINTULU, 17 Nov: OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd mengesahkan kejadian letupan kecil yang berlaku di kilang tersebut di Taman Perindustrian Samalaju di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Pengurus Kanan Pentadbirannya, Chieng Raja Tung berkata, kejadian itu melibatkan limpahan bahan cair daripada acuan tuangan, yang menyebabkan letupan setempat dalam bengkel relau yang terjejas.

“Protokol tindak balas kecemasan telah diaktifkan serta-merta dan semua kakitangan dalam kawasan yang terjejas telah dipindahkan dengan selamat ke zon yang telah ditetapkan.

https://staging.tvsarawak.my/2024/11/17/insiden-letupan-kecil-berlaku-di-sebuah-kilang-perindustrian-taman-samalaju/

“Kami dengan sukacitanya mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat kejadian itu. Kerosakan yang dialami adalah kecil dan operasi dijangka disambung semula dengan gangguan yang minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan dengan segera berhubung kejadian itu dan syarikat itu telah memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

“Keselamatan pekerja tetap menjadi keutamaan dan kami komited sepenuhnya untuk melindungi kesejahteraan pekerja, kontraktor dan masyarakat sekeliling, kami akan memberikan kemas kini tetap apabila lebih banyak maklumat tersedia dan semasa penyiasatan berlangsung.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan tindak balas kecemasan, pekerja dan pihak berkuasa tempatan atas tindakan pantas dan kerjasama mereka semasa kejadian ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan