Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr. Penguang Manggil berucap merasmikan Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 di Long Jegan, Tinjar, Baram, semalam.Foto Faisal Rambli (TVS).

Masukkan Pesta Gelimeh Berawan dalam kalendar pelancongan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 17 Nov: Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 menjadi pentas menyatukan komuniti Berawan dari Miri, Mulu dan Marudi.

Ia mempamerkan keunikan budaya masyarakat Berawan menerusi aktiviti kebudayaan dan kesenian tradisional.

Pesta tahunan dianjurkan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Majlis perasmian pesta tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr. Penguang Manggil di Rumah Panjang Long Jejan, Baram semalam.

Menurut Penguang, adalah penting untuk Sarawak mengutamakan semua kaum dalam arus pembangunan.

“Kita membawa semua kaum dalam arus pembangunan utama supaya tiada bangsa atau etnik yang tertinggal.” katanya.

Pada masa sama, beliau mencadangkan agar Pesta Gelimeh Berawan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri bagi menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

Menurutnya, beberapa projek pembangunan infrastruktur turut diberi perhatian di kawasan tersebut termasuk pembinaan jalan baharu dari Lapok ke Long Pran Batu dan projek naik taraf kemudahan bekalan air di Tinjar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan