MIRI, 17 Nov: Lapan penghuni hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Masjid Kuala Baram di sini, petang tadi.
Komander Operasi, Mohammad Faizul Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.57 petang dengan menggerakkan 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dengan bantuan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal telah terbakar keseluruhan.Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa.
“Kesemua penghuni telah berjaya menyelamat diri daripada terperangkap dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 200 kaki satu nozel pam jentera dan sumber air terbuka yang berhampiran sehingga api padam sepenuhnya.
Punca dan taksiran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan.-TVS