Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala di Majlis Penutupan Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 di Long Jegan, Tinjar, Baram hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Kerajaan Sarawak komited majukan kawasan luar bandar

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 17 Nov: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memajukan kawasan luar bandar, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala.

Menurutnya, Belanjawan Sarawak 2025 memperuntukkan jumlah keseluruhan RM15.8 bilion dengan RM6 bilion dikhaskan untuk pembangunan luar bandar.

“Saya faham banyak cabaran yang dihadapi masyarakat luar bandar, termasuk kekurangan kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih.

“Namun, kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah ini secara berperingkat,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Pesta Gelimeh Berawan Sarawak 2024 di Long Jegan, Tinjar, Baram hari ini.

Beliau turut menyarankan agar agensi kerajaan mengamalkan pendekatan lebih inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan, terutama kepada komuniti yang berdepan kekangan komunikasi dan akses internet.

Selain menekankan aspek pembangunan fizikal, Gerawat juga menggariskan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum minoriti di Sarawak.

Beliau menyeru masyarakat Berawan agar memanfaatkan pengiktirafan sebagai Bumiputera untuk memperkukuhkan perpaduan dan kepimpinan dalam komuniti mereka.

Di samping itu, beliau menggalakkan persatuan Berawan dan etnik minoriti lain agar terus mempromosikan budaya serta nilai unik masing-masing.

Gerawat juga menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Pesta Gelimeh yang telah menjadi acara tahunan penting dalam menghargai warisan budaya masyarakat Berawan.

“Saya berharap agar Pesta Gelimeh keempat akan berlangsung lebih meriah dan penuh makna,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan