Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy merakam gambar kenangan pada Kem Kasih Keluarga. Foto TVS

Kem Kasih Keluarga kukuhkan institusi kekeluargaan

LUNDU, 17 Nov: Kem Kasih Keluarga sempena Bulan Keluarga Kebangsaan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mampu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia yang pertama kali diadakan mendapat sambutan positif dengan penyertaan lebih 200 keluarga dalam aktiviti berkhemah.

Dengan bertemakan Kasih Keluarga, Jiwa Madani menurutnya, kem tersebut bukan sahaja berperanan merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak tetapi memberikan impak positif bagi mengelak terjebak dalam perkara tidak berfaedah.

“Ketika berjalan melalui khemah dan melihat peserta menjalankan aktiviti kekeluargaan, saya tersentuh kerana kementerian kami bertanggungjawab untuk menyemai nilai murni dalam kalangan keluarga serta masyarakat.

“Saya terhadaru dengan sambutan dan melhat keseronokan ditampilkan keluarga yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Kasih Keluarga dan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Pantai Pugu, Lundu pada Sabtu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, Belanjawan 2025 yang dibentangkan sebelum ini menyaksikan KPWKM menerima RM3.6 bilion untuk melaksanakan program bagi memperkukuh institusi keluarga di Malaysia.

Sehubungan itu menurutnya, setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu menjadikan hari keluarga sebagai salah satu acara wajib terutama pada bulan November yang merupakan Bulan Keluarga Kebangsaan.

Tambahnya, setakat ini hanya tiga kementerian yang menjalankan hari keluarga perangkumi Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi.

“Bukan itu sahaja, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan program kesejahteraan keluarga akan mendapat pelepasan cukai,” ujarnya.

Malaysia berada dalam tahap sederhana tinggi dengan catatan 7.93 dari 10 manakala Sarawak pula berada di tahap sederhana dengan skor 7.82 pada tahun 2022 berbanding 7.78 pada tahun 2019 mengikut laporan yang dikeluarkan Indeks Kesejahteraan Keluarga pada tahun 2022 lalu.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Pengerusi LPPKN, Dato Sri Rohani Abdul Karim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan