Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy menyampaikan hadiah utama yang merupakan sebuah motosikal kepada pemenang bertuah. Foto TVS

Kafe@Teen bakal dibuka di Kuching

LUNDU, 17 Nov: Pusat Remaja atau Kafe@Teen bakal dibuka di Kuching bagi menyediakan ruang kepada generasi muda bertukar idea dan pandangan selain mendapatkan khidmat nasihat pakar sekali gus membendung mereka terjebak dengan gejala tidak bermoral.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini terdapat dua Kafe@Teen yang dibangunkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu di Sri Aman dan Long Bedian.

Menurutnya, perancangan pada masa akan datang adalah untuk membuka kafe tersebut di Kuching namun pada masa ini ia masih di peringkat perancangan.

“Insya-Allah di Kuching dahulu kerana kita mempunyai pejabat yang baharu. Mungkin di pejabat baharu boleh disediakan ruang untuk Kafe@Teen di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Kem Kasih Keluarga dan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Pantai Pugu, Lundu pada Sabtu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, pelbagai manfaat diperoleh remaja yang menyertai aktiviti anjuran Kafe@Teen.

“Apabila Kafe@Teen menganjurkan aktiviti, remaja terlibat akan menjadi deejay, usahawan muda dan menjual produk mereka,” ujarnya.

Setakat ini sebanyak 18 Kafe@Teen di seluruh Malaysia.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Pengerusi LPPKN, Dato Sri Rohani Abdul Karim.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan