Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang juruteknik syarikat cari gali mengalami kerugian RM908,305 selepas terperdaya dengan pelaburan dalam talian, pada Ogos lepas. Foto Envato

Juruteknik rugi lebih RM900,000 terpedaya pelaburan dalam talian

ByBernama

JOHOR BAHRU, 17 Nov: Seorang juruteknik syarikat cari gali mengalami kerugian RM908,305 selepas terperdaya dengan pelaburan dalam talian, pada Ogos lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki berusia 48 tahun itu telah menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan tinggi dalam tempoh satu jam, ketika dia berada di tempat kerja di Iraq.

Beliau berkata mangsa tertarik dengan keuntungan dijanjikan dan telah memuat turun aplikasi sebelum membuat pendaftaran di aplikasi tersebut.

“Mangsa juga mengikuti kelas secara dalam talian menerusi pautan diberikan yang menjelaskan berkaitan cara-cara urus niaga dan keuntungan yang akan diperoleh.

“Seterusnya, mangsa membuat pembayaran secara dalam talian ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan hingga berjumlah RM908,305 ketika dia berada di Kota Tinggi dekat sini, pada pertengahan September lepas hingga bulan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata selepas bayaran dibuat, mangsa mendapati pelaburannya telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM8 juta dan berhasrat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa telah diarahkan untuk melakukan pembayaran sebanyak RM100,000 sebagai wang deposit namun dia enggan dan percaya dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis semalam dengan kerugian dialami berjumlah RM908,305,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pada masa sama menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran peaburan dalam talian dengan pulangan tinggi dalam masa singkat. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan