Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 509 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 87 notis ketidakakuran telah dikeluarkan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bintulu atas pelbagai kesalahan pada Ops Khas Motosikal semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Bintulu periksa 509 kenderaan, 87 notis ketidakakuran dikeluarkan

BINTULU, 17 Nov: Sebanyak 509 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 87 notis ketidakakuran telah dikeluarkan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bintulu atas pelbagai kesalahan pada Ops Khas Motosikal semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataan berkata, aktiviti penguatkuasaan secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) dijalankan di sekitar bandar Bintulu dan sepanjang jalan Pan Borneo Bintulu – Sibu.

“Kesalahan yang dilakukan termasuklah kesalahan tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, membawa muatan secara bahaya, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan beberapa kesalahan teknikal yang lain,” kata kenyataan itu.

JPJ Negeri Sarawak menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuatkuasa setiap masa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan