Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media sempena Sidang Kemuncak APEC 2024, di sini, hari ini. Foto Bernama

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan – PM Anwar

ByBernama

LIMA (Peru), 17 Nov: Melihat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang secara dominannya berkisar kepada forum ekonomi dan perdagangan, turut menyentuh isu kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza, adalah sesuatu yang amat menggalakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Anwar berkata beliau amat teruja apabila dapat menghadiri sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka yang menimpa dunia.

“Ini juga adalah satu daripada beberapa sesi APEC, yang turut menyentuh kekejaman ketara terhadap penduduk Gaza, yang adakalanya kita pilih untuk abaikan, jelas bertentangan dengan semangat kemanusiaan yang sebenar,” katanya pada sesi intervensi Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC di sini.

Anwar yang tiba di sini pada 12 Nov untuk Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW), sebelum ini mengaitkan isu itu dengan prinsip perdagangan bebas yang tidak sepatutnya menafikan hak rakyat Palestin.

AELW berakhir hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan