Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Selva Kumar bergambar bersama-sama peserta pada Sesi Dialog Projek Karbon Biru Sarawak. LAKIKR

Hidupkan semula kawasan paya bakau untuk projek kredit karbon

SARIKEI, 17 Nov: Seramai 150 pesertai menghadiri Sesi Dialog Projek Karbon Biru Sarawak anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) dengan kerjasama Worldview Climate Solutions (WCS) Malaysia Sdn Bhd di Kampung Selalang, semalam.

Ahli Lembaga Amanah LAKIKR, Attar Salleh berkata, program pertama itu merupakan satu peristiwa bersejarah kerana ia adalah Projek Karbon Biru yang pertama di Malaysia dan Sarawak.

Menurutnya, WCS merupakan anak syarikat Worldview International Foundation (WIF) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Bangkok, Thailand dengan fokus utama penanaman semula kawasan paya bakau untuk projek kredit karbon.

“Untuk rekod, memorandum perjanjian (MoU) ditandatangani oleh LAKIKR dan WCS pada 11 September 2024,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, penganjuran program bertujuan membincangkan potensi, cabaran serta meraih kerjasama daripada komuniti setempat untuk bersama menjayakan projek yang tertumpu di kawasan Tanjung Manis, Sarikei dan sekitarnya.

Dalam pada itu, kawasan paya bakau seluas 10, 000 hektar kawasan diamanahkan kepada WCS untuk tujuan kajian stok karbon bakau.

” Pelaksanaan projek akan melibatkan komuniti tempatan sekali gus memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam kawasan projek,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Urusan WIF Malaysia Datuk Selva Kumar, pemimpin masyarakat dan wakil agensi kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan