TASEK GELUGOR, 17 Nov: Seorang lelaki kehilangan bebola mata sebelah kiri selepas dikorek oleh lelaki warga asing dalam satu pergaduhan di tepi jalan berhampiran pangsapuri di Jalan Ara Kuda di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 52 rahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan mengganggu suspek berusia 28 tahun.
Difahamkan, suspek telah bertindak mengorek keluar bebola mata kiri mangsa dengan tangannya sehingga tertanggal.
Mata kanan mangsa turut dilaporkan cedera.
Lelaki itu dikatakan sedang kritikal dan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas dekat sini.
Difahamkan, bebola mata mata mangsa dijumpai petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tidak jauh dari lokasi dia ditemui dalam keadaan terbaring.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian tersebut.
“Suspek telah diberkas dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya hari ini. – TVS