Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba melakukan khidmat khas membantu seorang gelandangan yang sakit tinggal di bawah Jambatan Tapah, Jalan Kuching- Serian malam tadi. Foto JBPM

Bomba bantu hantar gelandangan sakit ke hospital

KUCHING,17 Nov: Bomba melakukan khidmat khas membantu seorang gelandangan yang sakit tinggal di
bawah Jambatan Tapah, Jalan Kuching- Serian di sini, malam tadi.

Ketua Operasi, Tommy Amie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.42 malam dengan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang gelandangan lelaki terbaring di bawah jambatan manakala seorang lagi dalam keadaan sihat.

“Gelandangan berusia 31 tahun itu mengalami demam, batuk, lemah badan, sakit perut dan dada tetapi masih sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, size up dilakukan dan mangsa terus diangkat pihak EMRS bersama anggota BBP Siburan.

“Lelaki tersebut segera dihantar ke Hospital Serian bagi mendapat rawatan.

“Setelah keadaan selamat dan selesai urusan penghantaran pihak EMRS berangkat balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan