Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agrobank menandatangani kerjasama strategik dengan Ning Planters Sdn Bhd dan Sarawak Incororated Sdn Bhd perkukuh industri penanaman nanas.

Agrobank komited pacu landskap pertanian negara

ByMadeline Dugat

KUCHING, 17 Nov; Sebagai peneraju dalam sektor perbankan pertanian, Agrobank terus komited memacu landskap pertanian negara melalui kemudahan pembiayaan dan sokongan menyeluruh bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan dalam sektor tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kemudahan pembiayaan kepada usahawan tani B40 adalah di bawah penyeliaan Ning Planters Sdn Bhd dan Sarawak Incorporated Sdn Bhd.

“Skop pembiayaan yang ditawarkan merangkumi perniagaan berkaitan pertanian pintar, penggunaan mekanisasi, aktiviti pemprosesan dan bioteknologi berasaskan pertanian serta pembangunan agropelancongan,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik bersama Ning Planters Sdn Bhd dan Sarawak Incorporated Sdn Bhd di Pusat Beli Belah Viva City, pada Ahad.

Menurutnya, pemeteraian perjanjian tersebut merupakan langkah strategik dalam memperkasa industri nanas negara yang menyumbang kepada keterjaminan makanan.

“Malaysia memiliki kelebihan yang unik dalam industri nanas dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Dengan permintaan global yang semakin meningkat, ini membuka peluang yang luas untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pengeksport nanas yang utama.” ujarnya.

Malah katanya, ia sekali gus memacu pertumbuhan eksport dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, kerjasama strategik tersebut membolehkan Agrobank meluaskan impak sosial kepada komuniti petani di samping menjadi pemangkin dalam penghasilan nanas yang mampan dan berkualiti tinggi.

Sehubungan itu, Agrobank berharap melalui kerjasama dengan Ning Planters Sdn Bhd dan Sarawak Incorporated Sdn Bhd akan melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berminat untuk menceburi industri penanaman nanas seterusnya mewujudkan ekosistem pertanian tempatan lebih berdaya saing dan mengurangkan kebergantungan import. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan