Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Residen Sarikei, Datu Ronnie Langgong dan tetamu lain bersama penerima lesen pada Majlis Penutupan Program Mylesen B2(MADANI) dan Randau Digitalisasi JPJ Bahagian Sarikei, pada Ahad. Foto TVS

48,094 saman dikeluarkan setakat Oktober tahun ini

SARIKEI, 17 Nov : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengeluarkan 48,094 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi yang dijalankan setakat Oktober tahun ini.

Pengarahnya, Norizan Jili berkata, dari segi perbandingan, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan 43,446 kes.

Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai agar tidak terlibat dalam aktiviti melanggar peraturan jalan raya dan sentiasa menghormati undang-undang ditetapkan.

“Dengan mematuhi peraturan, kita dapat mengurangkan risiko kemalangan dan menjaga keselamatan di jalan raya.

“Malah, kesedaran dan disiplin di jalan raya adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat,” katanya pada Majlis Penutupan Program Mylesen B2(MADANI) dan Randau Digitalisasi JPJ Bahagian Sarikei, di Kompleks JPJ Sarikei hari ini.

Pada majlis tersebut, Norizan diwakili Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Sarawak Christopher Alex Boniface Barau.

Menurut Norizan, secara keseluruhan bagi Sarawak, kadar kemalangan maut adalah sebanyak 378 kes dan 198 kes melibatkan penunggang motosikal bagi tahun 2023.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan turut mendapat sambutan apabila mencatatkan 10.5 juta pendaftaran setakat ini.

“Aplikasi ini memudahkan orang ramai untuk menyemak semakan saman, pautan aplikasi nombor bidaan aplikasi nombor giliran, laporan aduan kesalahan trafik, semakan dan pembayaran lesen memandu.

“Malah mereka tidak lagi perlu untuk beratur panjang untuk memperbaharui lesen memandu sebaliknya boleh melaksanakan transaksi bayaran secara dalam talian terus ke bank atau melalui platform FPX,” ujarnya.

Sehubungan itu, seramai 199 calon di daerah ini berjaya mendapat lesen motosikal B2 daripada program berkenaan.

Majlis penyerahan lesen dan topi keledar disempurnakan Residen Sarikei, Datu Ronnie Langgong yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan