Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Karnival Celik Kewangan di Pusat Beli-Belah Vivacity di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Transaksi Spay Global cecah RM4.2 bilion sejak diperkenalkan pada 2017 – Abang Johari

KUCHING, 16 Nov: Transaksi melalui aplikasi Spay Global yang dikenali Sarawak Pay mempunyai seramai 770,000 pengguna dan 91,000 peniaga berdaftar mencecah RM4.2 bilion sejak diperkenalkan pada 2017.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, demi meningkatkan kualiti perkhidmatan SPay Global mengorak langkah lebih besar dengan menyediakan kemudahan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh PayNet yang membolehkan perkhidmatan pemindahan dana tersedia 24 jam dengan ia dikreditkan serta-merta kepada penerima.

Spay Global katanya, akan turut dilengkapi dengan kemudahan ‘Cross Border QR’ pada masa hadapan bagi memudahkan pelancong asing dari negara seperti Indonesia membuat pembayaran dengan aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet mereka.

“Sehingga ke hari ini, Spay Global telah mencatat rekod transaksi sebanyak RM4.2 bilion dan saya berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah mengorak langkah dengan menyediakan kemudahan ’Interoperable QR’ di bawah platform DuitNow oleh PayNet di mana perkhidmatan pemindahan dana tersedia 24 jam dengan dana dikreditkan serta-merta kepada penerima.

“Kelak Spay Global juga akan dilengkapi dengan kemudahan ’Cross Border QR’ di mana pelancong asing dari negara peserta seperti Indonesia dapat membuat pembayaran dengan aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet mereka,” katanya ketika berucap pada Karnival Celik Kewangan di Pusat Beli-Belah Vivacity di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakilinya di majlis itu.

Beliau berkata, Pasar Serikin yang menjadi pasar sempadan tanpa tunai pertama di Malaysia menerusi inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) bersama PayNet, institusi kewangan dan Pejabat Daerah Bau berjaya merekodkan jumlah tranksaksi bernilai lebih daripada RM1 juta sejak mula dilancarkan pada September tahun lalu.

Katanya, inisiatif penyediaan perkhidmatan kewangan yang inklusif serta meningkatkan literasi kewangan masyarakat penting bukan sahaja untuk memperkasa ekonomi masyarakat setempat malah turut membantu meningkatkan kadar celik kewangan di kalangan komuniti luar bandar sekali gus menyediakan mereka ke arah ekonomi digital.

“Pasar Serikin, kini menjadi pasar sempadan tanpa tunai yang pertama di Malaysia menerusi inisiatif Bank Negara Malaysia bersama PayNet, institusi kewangan, Pejabat Daerah Bau dan sejak dilancarkan pada September 2023, pasar hujung minggu ini telah merekodkan jumlah tranksaksi bernilai lebih daripada RM1 juta.

“Inisiatif seperti penyediaan perkhidmatan kewangan yang inklusif serta meningkatkan literasi ini bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat tetapi juga membantu meningkatkan kadar celik kewangan di kalangan komuniti luar bandar seperti di Serikin dan ketersediaan mereka ke arah ekonomi digital,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan