Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Trup Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan (10 RS) dan Batalyon Zeni Tempur 8/Sakti Mandraguna (Yonzipur 8/SMG) bekerjasama melaksanakan Program Jiwa Murni di Kawasan Tadahan Air Sungai Long Komap, Ba’kelalan semalam. Foto ATM

TDM, TNI-AD bekerjasama laksana program jiwa murni

BA’KELALAN, 16 Nov: Trup Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan (10 RS) dan Batalyon Zeni Tempur 8/Sakti Mandraguna (Yonzipur 8/SMG) bekerjasama melaksanakan Program Jiwa Murni di Kawasan Tadahan Air Sungai Long Komap, Ba’kelalan semalam.

Menurut kenyataan Briged Kesembilan Infantri Malaysia, program yang julung kali dilaksanakan itu disertai trup Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI-AD, agensi awam serta penduduk Ba’kelalan merupakan salah satu aktiviti dalam operasi Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2024 di sempadan negara Malaysia-Indonesia.

“Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan membantu penduduk setempat membersihkan sekitar Kawasan Tadahan Air Sungai Komap.

“Sungai ini memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat pendalaman Sarawak kerana membekalkan air bersih dan mempunyai Stesen Mini Hidro yang menjana sumber tenaga elektrik untuk kegunaan sebahagian besar penduduk Ba’kelalan,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, aktiviti tersebut membolehkan trup TDM dan TNI-AD yang beroperasi di perbatasan negara untuk memberi khidmat tenaga kerja selain merapatkan hubungan kerjasama dengan agensi awam atau masyarakat setempat.

Turut hadir Ketua Staf Markas 9 Briged, Leftenan Kolonel Muhammad Samzie Gusang.

Pelaksanaan program tersebut selaras dengan Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan yang mana ia dapat meningkatkan kerjasama pertahanan Tentera Darat Malaysia dan TNI-AD. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan