Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba-pelumba sedang beraksi dalam acara pembuka tirai Sibujaya Extreme Motocross Challenge 2024 Trek Motocross Sibujaya hari ini. Foto TVS

Sibujaya Extreme Motocross Challenge 2024 pacu industri pelancongan tempatan

SIBU, 16 Nov: Sibujaya Extreme Motocross Challenge 2024 yang berlangsung di Trek Ekstrim Motocross Sibujaya hari ini berpotensi memperkukuhkan kedudukan Sibu sebagai destinasi sukan permotoran di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, menyifatkan penganjuran ini sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan Sibu sebagai destinasi sukan permotoran di peringkat serantau.

“Acara seperti Sibujaya Extreme Motocross Challenge bukan sahaja mempromosikan nama Sibu, tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan sukan, yang kini semakin mendapat perhatian di peringkat global.

“Dengan perancangan teliti dan promosi berkesan, sukan permotoran berpotensi menjadi produk pelancongan bernilai tinggi,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Beliau turut menambah bahawa acara ini mampu menjadi pemangkin kepada tarikan peminat sukan dari luar negara, sebagaimana kejayaan F1 dan MotoGP di Sepang.

Sempurai turut memuji kerjasama erat penganjur seperti AmCorp dan GP Sibu Jaya Extreme Motorsport Club dalam menjadikan acara ini lebih tersusun dan bertaraf tinggi.

“Dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak, saya yakin Sibujaya Extreme Motocross Challenge mampu membuka lebih banyak peluang untuk menjadikan Sibu dan Sarawak hab sukan permotoran di rantau ini.

“Sambutan yang memberangsangkan daripada peserta antarabangsa juga membuktikan potensi acara ini untuk berkembang sebagai platform sukan bertaraf antarabangsa,” tambahnya.

Beliau turut berharap semua peserta dapat bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi, menjadikan acara ini sebagai titik permulaan kepada lebih banyak penganjuran sukan permotoran di negeri Sarawak.

Sibujaya Extreme Motocross Challenge 2024, dengan trek yang mencabar dan penyertaan kompetitif, dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang hujung minggu ini.

Acara ini bukan sahaja memberi impak positif kepada sektor pelancongan tetapi turut merancakkan ekonomi tempatan.

Edisi ketiga acara berprestij ini berjaya menarik seramai 69 pelumba dari dalam dan luar negara, termasuk Thailand, Indonesia, Brunei, Sabah, dan Semenanjung Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan