Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor ketika ditemui pemberita di Karnival Celik Kewangan di Pusat Beli-Belah Vivacity di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Pembayaran DuitNow melalui kerjasama PayNet bersama S PAY GLOBAL merupakan kejayaan Sarawak

KUCHING, 16 Nov: Kerjasama penyediaan penggunaan pembayaran DuitNow oleh Payments Network Malaysia (PayNet) bersama S PAY GLOBAL merupakan satu kejayaan dalam usaha Sarawak ke arah rangkuman dan jangkauan perkhidmatan kewangan digital lebih luas.

Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor berkata, S PAY GLOBAL telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan meluaskan akses kewangan kepada semua rakyat Sarawak, termasuk mereka yang berada di luar bandar serta kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Katanya, menawarkan kebolehoperasian menerusi e-tunai secara pembayaran DuitNow, S PAY GLOBAL memastikan rakyat Sarawak mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan transaksi pembayaran, memindahkan dana dan melakukan urus niaga.

“Ini bermaksud aplikasi S PAY GLOBAL boleh diterima pakai oleh lebih 2 juta para peniaga di seluruh negara.

“Maka dengan itu, pengunjung dari seluruh Serawak yang menggunakan aplikasi perbankan mobile, dan juga e-tunai boleh untuk menggunakan aplikasi masing-masing di lebih 90,000 para peniaga di Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Karnival Celik Kewangan di Pusat Beli-Belah Vivacity di Kuching pada Sabtu.

Bagi tempoh 12 bulan pertama beroperasi hingga 8 Oktober tahun ini, pihak PayNet telah berkolaborasi dengan lebih lima pemain industri dan juga bank negara Malaysia untuk mengadakan program bagi menggalakkan para peniaga menggunakan aplikasi e-tunai.

Setakat ini, S PAY GLOBAL telah bekerjasama dengan PayNet untuk mengesyorkan pembayaran DuitNow QR melalui platform pembayaran e-tunai milik Kerajaan Sarawak dengan lebih 770,000 pengguna berdaftar dan lebih 91,000 peniaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan