Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar Tngkatan Tiga maut manakala rakannya yang berusia 18 tahun cedera parah. Foto IPD Bau

Pelajar Tingkatan Tiga maut, rakan cedera parah

BAU, 16 Nov: Pelajar berusia 15 maut manakala rakannya yang berusia 18 tahun cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 10.5 Jalan Bau – Kuching di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr. Daram Ruer berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kemalangan membabitkan kenderaan MPV, Perodua Myvi, motosikal dan kenderaan SUV.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu MPV melanggar motosikal dari arah belakang. Motosikal tersebut hendak masuk ke simpang kanan Kampung Peninjau Bau, penunggang serta pembonceng motosikal terpelanting ke laluan bertentangan dan dilanggar kenderaan SUV dan Perodua Myvi yang bergerak lurus.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan badan manakala penunggang motosikal cedera di bahagian kepala serta badan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan masih dalam siasatan, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa memandu terutamanya dalam keadaan
cuaca yang tidak menentu, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan memandulah secara berhemah,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan