Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 24 peserta terdiri pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sri Aman, Betong dan Stesen Kawalan Sempadan Lubok Antu menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah di Masjid Al-Amin Taman Sri Jaya, Sri Aman. Foto JPJ Sarawak

Pegawai, anggota JPJ sertai bengkel pengurusan jenazah

SRI AMAN, 16 Nov: Seramai 24 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sri Aman, Betong dan Stesen Kawalan Sempadan Lubok Antu menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah yang berlangsung di Masjid Al-Amin Taman Sri Jaya.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, bengkel tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan jenazah.

“Ia mampu meningkatkan kefahaman mengenai syariat Islam melibatkan pengurusan jenazah,” menurut kenyataan tersebut.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rafizi Wahab dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Abang Mohad Fikri Safwan Mohd Sepian dari HIKMAH Cawangan Sri Aman.

Jelas kenyataan JPJ Sarawak lagi, pendedahan mengenai pengurusan jenazah dapat membantu mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Majlis penutupan Bengkel Pengurusan Jenazah tersebut disempurnakan oleh Ketua Cawangan JPJ Sri Aman, Safri Junaidi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan