Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mike Tyson terpaksa akur dengan kekalahan kepada Jake Paul dalam pertarungan heavyweight

Mike Tyson tewas kepada Jake Paul

TEXAS, 16 Nov: Legenda tinju, Mike Tyson terpaksa akur dengan kekalahan kepada Jake Paul dalam pertarungan heavyweight antara dua generasi.

Tyson yang mengharungi lapan pusingan bagaimanapun memenangi dua pusingan awal namun juri memberikan baki enam pusingan kepada Paul yang juga sensasi media sosial.

Sejak pertarungan bermula, aksi hambar dipamerkan Tyson,58, dan Paul,27, tidak seperti dijangkakan peminat berdasarkan promosi sebelum pertarungan.

Tyson bagaimanapun belum menganggap pertarungan itu yang terakhir buatnya dan mensasarkan adik Paul, Logan untuk perlawanan seterusnya.

Bagi Paul pula yang berjaya menjatuhkan lawannya dalam kesemua 10 pertarungan sebelum ini, lebih yakin untuk menentang mana-mana petinju walaupun gagal menumbangkan Tyson yang sudah berusia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan