Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan. Foto Envato

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam longkang besar

ByBernama

JOHOR BAHRU, 16 Nov: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mengenai kejadian itu kira-kira 3.51 petang.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa bersama-sama dua lagi rakan lelaki berusia tujuh dan lapan tahun sedang bermain air di tepi longkang berhampiran lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tergelincir ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ke arah longkang besar berhampiran sebuah pasar raya.

“Susulan itu, kita telah membuka pos kawalan tempat kejadian (PKTK) di lokasi kejadian dan kini giat menjalankan operasi pencarian dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata operasi itu meliputi kawasan di sekitar lokasi kejadian sehingga ke sungai berdekatan dan kes disiasat di bawah kertas enkuiri polis-orang hilang (KEP-OH)

“Pada masa sama, kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Helmy Halim di talian 012-5759953.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I KUP Nordatul Badrol Abd Rahman dalam kenyataan berasingan memaklumkan paras air ketika mangsa hilang adalah sedalam lapan kaki dan cuaca hujan.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat pencarian dengan kaedah ‘search surface’ daripada tempat bermulanya mangsa dipercayai tergelincir sehingga ke Sungai Skudai, Kampung Usaha Jaya.

“Sementara itu, tindakan pencarian kedua adalah dengan bantuan bot penduduk kampung untuk mencari di kawasan muara berdekatan perangkap sampah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan