Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Perlumbaan HI-REV Dream Chaser sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul gelaran juara keseluruhan Malaysia Championship Series (MCS) yang berprestij untuk tahun ketiga berturut-turut.

HI-REV Dream Chaser cipta hatrik Malaysia Championship Series

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Nov: Pasukan Perlumbaan HI-REV Dream Chaser sekali lagi mencipta sejarah dengan merangkul gelaran juara keseluruhan Malaysia Championship Series (MCS) yang berprestij untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut kenyataannya, pencapaian luar biasa ini, menandakan hatrik kejuaraan, memperkukuhkan kedudukan HI-REV Dream Chaser sebagai kuasa utama dalam arena sukan permotoran negara.

“Kejayaan yang konsisten ini adalah hasil komitmen daripada pelumba berbakat, jurutera serta sokongan berterusan daripada penaja utama, HIREV Lubricants. Tahun hadapan, HI-REV akan meraikan ulang tahun ke-30 mereka,” kata kenyataan itu.

Kenyataan turut berkongsi, susulan pencapaian itu, HI-REV Dream Chaser dengan bangga mengumumkan barisan pemandu antarabangsa untuk perlumbaan ketahanan kebangsaan yang dinanti-nantikan, Sepang 1000KM (S1K), yang bakal berlangsung pada 23 November 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Dikenali dengan cabaran ketahanan yang sengit, S1K akan menampilkan barisan pelumba berpengalaman dari rantau ini yang bersiap-siaga menghadapi persaingan yang mendebarkan,” katanya lagi.

Barisan pelumba ini termasuk pasangan adik-beradik, Hayden dan Aaron Haikal, yang membawa sinergi dan kelebihan kompetitif yang luar biasa.

Turut menyertai mereka dari Malaysia adalah pelumba berpengalaman, Rahul Mayer dan Lee Wai Cong, manakala Fitra Eri dari Indonesia dan Daim Hishammudin dari Singapura menambah dimensi antarabangsa kepada pasukan.

“Bersama-sama, skuad hebat ini dijangka memaparkan aksi yang mendebarkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC),” dedah kenyataan lagi.

Untuk perlumbaan S1K, Lee Wai Cong, Aaron Haikal, dan Fitra Eri akan memandu Honda City, menggabungkan kepakaran mereka dengan ketahanan dan kelajuan jentera lumba yang terkenal.

Sementara itu, Daim Hishammudin, Hayden Haikal, dan Rahul Mayer akan mengharungi perlumbaan yang sama menggunakan jentera lumba Suzuki Swift yang lincah, yang disesuaikan khusus untuk mengendalikan tuntutan teknikal perlumbaan sejauh 1000 kilometer. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan