Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar, Sultan Hassanal Bolkiah bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi APEC

ByBernama

LIMA (Peru), 16 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertemu di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini.

Anwar berkata pertemuan itu membuka peluang untuk mereka menilai kemajuan dalam kerjasama yang terjalin.

“Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara kedua-dua negara sahabat,” kata beliau pada sidang media akhir bersama media Malaysia yang membuat liputan AELW APEC yang berakhir pada Sabtu, di sini.

Beliau berkata peluang itu meliputi dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikondutor untuk belia Brunei.

“Kami juga berbincang berkenaan hubungan dua hala, kerjasama perdagangan dan pelaburan,” kata beliau.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau mengharapkan hubungan Malaysia dan Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama.

APEC merupakan forum antara kerajaan bagi 21 ekonomi anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik.

Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.

Malaysia dan Brunei ialah antara 12 anggota pengasas APEC. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan