Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan hingga 4 petang ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi jabatan pada 12.30 tengah hari ini, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Kelantan, cuaca berkenaan dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok, Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Sarawak pula, amaran itu melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang selain dijangka mengalami cuaca sama di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Semporna, Kinabatangan dan Pitas di Sabah.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm)/jam yang hampir atau dijangka melebihi sejam, menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan