Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

10 bayi maut dalam kebakaran hospital di utara India

ByBernama

NEW DELHI, 16 Nov: Sekurang-kurangnya 10 bayi maut apabila kebakaran berlaku di sebuah hospital di Uttar Pradesh, utara India, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.

Kebakaran tercetus di Unit Rawatan Rapi Neonatal di Kolej Perubatan Jhansi di daerah Jhansi, lewat malam Jumaat.

Pegawai kesihatan, Sachin Mahor memberitahu wartawan bahawa lebih daripada 50 bayi sedang dirawat di unit berkenaan dan mengesahkan bahawa 10 bayi meninggal dunia.

Beliau turut memaklumkan bahawa bayi-bayi lain berjaya diselamatkan.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath berkata pihak pentadbiran dan pegawai diarahkan untuk menjalankan operasi menyelamat dan bantuan dengan segera.

Rakaman televisyen menunjukkan anggota keluarga meratapi kematian bayi mereka di hospital.

Timbalan Ketua Menteri, Brajesh Pathak berkata bahawa satu siasatan akan dijalankan untuk menyiasat punca kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan