Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Wujudkan IPT di Sri Aman

ByMahathir Haroun

KUCHING, 15 Nov: Kerajaan Sarawak perlu mewujudkan institut pengajian tinggi (IPT) di Sri Aman bagi memenuhi keperluan anak muda di bahagian tersebut untuk melanjutkan pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, setakat ini pembangunan institusi pendidikan di Sri Aman masih jauh ketinggalan.

“Kumpulan Anak Perantau Simanggang sering bertanya mengapa Kerajaan Negeri tidak mewujudkan Institusi Pendidikan Tinggi serba lengkap dan berprestij di Sri Aman?

“Cadangan ini pernah disuarakan pada persidangan yang lepas,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, tidak dinafikan Bahagian Sri Aman banyak melahirkan golongan profesional dan saintis dalam bidang hidrogen dikenali sebagai Colin Patrick yang kini menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi hidrogen di Sarawak.

“Kami memohon Kerajaan Sarawak untuk menyediakan institusi pendidikan tinggi di Bandar Sri Aman bagi meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak ke tahap lebih tinggi seperti ditawarkan di institusi yang lain,” ujarnya.

Tambahnya, belliau mencadangkan sebuah institusi berkaitan pembelajaran tanaman padi secara teori dan praktikal di kawasan seberang Jambatan Batang Lupar 2 diwujudkan.

“Ini kerana Daerah Lingga dan Bahagian Sri Aman menjadi fokus pembangunan jelapang padi atau keselamatan makanan negeri,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan