Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Ripin Lamat pada Sidang Media Sarawak Youth Startup (SYStartUp) 2024

SYStartUp platform lahirkan usahawan generasi baharu

KUCHING, 15 Nov: Sarawak Youth Startup (SYStartUp) 2024 akan menjadi medan dalam melahirkan usahawan generasi baharu.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr. Ripin Lamat berkata, ia turut menjadi satu ekosistem sokongan berterusan sehingga melahirkan usahawan berdaya saing dalam mendepani senario ekonomi pada hari ini dan mendatang.

Menurutnya, SYStartUp 2024 boleh dianggap sebagai program jangka panjang yang dilaksanakan untuk memperkasakan penglibatan belia dalam bidang keusahawanan.

“Kita mahu membentuk dan menggalakkan golongan belia menyertai bidang keusahawanan. Pada masa sama, kita juga ingin melahirkan seramai mungkin pembina kerjaya dalam kalangan belia kerana kita maklum akan isu peluang pekerjaan yang agak berkurangan pada masa kini.

“Sasaran kita adalah adalah untuk memastikan lebih ramai golongan belia menjadi usahawan dan kesan jangka panjangnya kita berharap ini akan meningkatkan taraf sosioekonomi serta pendapatan isi rumah rakyat kita,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Sarawak Youth Startup (SYStartup) 2024 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Untuk rekod, Sarawak Youth Startup 2024 diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 1 Oktober lalu.

Seramai 300 peserta yang terdiri daripada bakal usahawan dan usahawan seluruh Sarawak bakal menyertai program yang akan diadakan bermula 7 hingga 14 Disember 2024 bertempat di Perkampungan Sukan Sarawak di Kuching.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan