Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

SPP perlu ambil guru ikut persetujuan bersama Kerajaan Sarawak

KUCHING, 15 Nov: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) perlu melaksanakan Pengambilan Guru Khas Sarawak 2024 sama seperti yang dipersetujui bersama Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Kerajaan Sarawak berpendirian tegas bahawa setiap perkara yang dipersetujui bersama pada peringkat awal perlu ditepati serta ditunaikan.

Menurutnya, perjanjian tersebut memberi harapan besar kepada Sarawak dan merupakan satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru sekolah menengah dan rendah di Sarawak.

“Bagi isu pengambilan guru lantikan secara kontrak seperti saya katakan adalah harapan kita apa yang dipersetujui ini dilaksanakan.

“Kita menegaskan di sini bahawa apa yang dipersetujui bukan hanya dipersetujui di atas kertas sahaja tapi kita mohon apa yang dipersetujui mesti dilaksankan mengikut yang dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan lebih 1,700 calon yang disenarai pendek di bawah pemacu pengambilan guru khas untuk Sarawak, merangkumi 300 pemohon yang mempunyai kelayakan mengajar dari luar Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dalam sidang media di Sibu baru-baru ini turut melahirkan rasa kecewa terhadap SPP kerana tidak menunaikan janji membenarkan 1,733 kekosongan yang ada di bawah pengambilan khas itu diisi oleh rakyat Sarawak.

Katanya, kementeriannya  sebelum ini telah menulis surat kepada SPP meminta pengambilan itu hanya untuk rakyat Sarawak sahaja.

Dalam sidang media berasingan, Roland turut melaporkan bahawa lebih 15,000 permohonan jawatan tersebut adalah daripada anak Sarawak manakala 2,000 lagi daripada Semenanjung dan Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan