Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo

Siasatan terperinci dijalankan untuk kenal pasti punca mendapan dari Batang Sadong ke Simunjan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 15 Nov: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca mendapan yang berlaku dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, cadangan membaik pulih mendapan tersebut juga akan disediakan.

“Lokasi mendapan berlaku di 1.5 kilometer (KM) dari Jambatan Batang Sadong menuju ke Simunjan.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, Jabatan Kerja Raya Sarawak akan memasang tanda amaran awal di lokasi tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Awla bertanya mengenai tindakan diambil bagi menangani isu jalan dari Batang Sadong ke Simunjan yang mengalami mendapan.

Menjawab pertanyaan mengenai tarikh kerja pembaikan akan dijalankan, Aidel berkata, kerja tersebut dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2025.

Tambahnya, JKR Sarawak akan memasang papan tanda amaran tambahan di lokasi dan dijangka siap pada penghujung 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan