Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris

Segerakan bina tangki air aras tinggi di Kampung Hijrah

KUCHING, 15 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berharap pembinaan tangki air aras tinggi baharu di Kampung Hijrah dapat disegerakan bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut dapat menikmati akses kepada air bersih dan terawat.

Beliau berkata, keperluan untuk membina tangki air aras tinggi itu menjadi semakin mendesak terutama dengan pelaksanaan projek bekalan air yang kini sedang dijalankan.

‘’Projek ini perlu dipercepatkan agar keperluan asas penduduk dapat dipenuhi dengan segera. Keperluan untuk memastikan bekalan air yang stabil dan berkualiti adalah hak asasi setiap individu di kawasan ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Projek tersebut dicadangkan untuk dibangunkan di atas tanah seluas enam ekar di Kampung Hijrah, Simunjan bagi melengkapkan Loji Rawatan Air Simunjan yang lama.

Tapak projek tersebut ditetapkan dalam lawatan lapangan yang dijalankan pada 25 Oktober 2022 bersama Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Awla turut membangkitkan isu peningkatan kewujudan premis judi yang bertopengkan kedai 24 jam yang semakin bertambah di kawasan luar bandar termasuk di Simunjan.

‘’Ketagihan judi atas talian juga menyuburkan jenayah seperti kecurian, keberhutangan yang tinggi, rasuah, perceraian, vandalisme dan lain-lain lagi yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada Sarawak.

‘’Oleh itu, saya memohon agar pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta agensi lain dalam menyelesaikan isu ini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan