Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilayah Andalusia di Malaga, di selatan negara itu terjejas teruk, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan. Foto fail AFP

Ribut landa sebahagian Sepanyol, tetapi kesannya agak sederhana

ByBernama

MADRID, 15 Nov: Ribut di Sepanyol sekali lagi membawa hujan lebat dan angin kencang, hanya dua minggu selepas banjir besar yang meragut sekurang-kurangnya 224 nyawa, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Wilayah Andalusia di Malaga, di selatan negara itu terjejas teruk, namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan.

Di wilayah Mediterranean Valencia di timur negara itu, yang terjejas teruk dua minggu lalu, kesan sistem tekanan rendah setakat ini adalah agak sederhana.

Jumlah korban dalam ribut dua minggu lepas, kini meningkat kepada 224 dengan 216 daripadanya dilaporkan di wilayah Valencia sahaja menurut kerajaan wilayah itu di platform X pada Khamis manakala 16 orang masih hilang dan tidak dapat dikesan.

Pihak berkuasa memberi perhatian khusus kepada paras kebanyakan sungai di wilayah Valencia dan Andalusia, iaitu tahap amaran jingga dan kuning kini dikuatkuasakan di kawasan pesisir.

Di wilayah Valencia, penggunaan kereta persendirian tidak dibenarkan sehingga petang dan banyak sekolah masih ditutup di kawasan terjejas. Pengangkutan awam juga tidak dapat beroperasi di banyak tempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan