Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Jerip Susil ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Sri Wong Soon Koh pada Jumaat. Foto TVS

Projek ART berjalan lancar

KUCHING, 15 Nov: Kerajaan Sarawak akan memastikan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr. Jerip Susil.

Beliau berkata, isu penggantungan tram di China tidak akan menjejaskan perkembangan ART di Sarawak.

Menurutnya, selain menjadi tulang belakang kepada projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), perkhidmatan ART ini kelak akan diperkasakan lagi dengan perkhidmatan 55 bas yang dikuasakan dengan hidrogen yang mesra alam.

Tambah Dr. Jerip, perkembangan sistem ART berada pada tahap memuaskan dan mengikut jadual.

“Sebanyak 38 unit ART akan dikeluarkan dan dihantar dari China secara berperingkat selari dengan pembinaan infrastruktur keseluruhan.

“Dua laluan atau dua unit pengangkutan ART ini dijangka akan tiba di Sarawak menjelang suku pertama 2025, di mana ia akan digunakan bagi tujuan uji pandu. Manakala, baki unit pengangkutan ini akan dihantar secara berperingkat dari China bermula 2025 hingga 2027,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Sri Wong Soon Koh.

Menurut Jerip. secara keseluruhan, projek KUTS mengikut perancangan dengan 79.01 peratus aktiviti perolehan giat dijalankan manakala perkhidmatan rundingan hampir lengkap dan berada pada tahap 98.34 peratus.

Katanya, kerja pembinaan infrastruktur di laluan Biru dan Merah pula berada pada tahap 5.82 peratus, perkembangan sistem 32.09 peratus dan perkhidmatan bas perhubungan 1.98 peratus.

“Sehingga Oktober 2024 ini, perancangan bagi Fasa Pertama KUTS berjalan mengikut ketetapan dan kini berada pada tahap 25.80 peratus dibandingkan dengan perancangan lewat di paras 24.73 peratus dan ini memberikan perkembangan varian positif sebanyak 1.7 peratus,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan