Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 166,000 orang di Lubnan hilang pekerjaan akibat konflik antara Israel dan Hizbullah yang bersekutu dengan Iran. Foto AFP

Perang di Lubnan akibatkan kerugian berbilion dolar

ByBernama

WASHINGTON, 15 Nov: Bank Dunia menganggarkan perang di Lubnan setakat ini menyebabkan kerugian ekonomi hampir US$5.1 bilion kepada negara itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Selain itu, kerugian akibat kerosakan harta benda dianggarkan mencecah sekitar US$3.4 bilion, dengan hampir 100,000 unit kediaman musnah atau rosak, menurut bank itu pada Khamis.

Kira-kira 166,000 orang di Lubnan hilang pekerjaan akibat konflik antara Israel dan Hizbullah yang bersekutu dengan Iran.

Konflik itu dianggarkan mengurangkan pertumbuhan KDNK sebenar Lubnan sekurang-kurangnya 6.6 peratus pada 2024.

Sebelum perang bermula, Bank Dunia menyifatkan krisis ekonomi Lubnan yang bermula pada 2019, sebagai antara yang terburuk di dunia sejak pertengahan 1800-an.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan