Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lada Julau miliki kualiti sangat tinggi

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur pertanian terutama tanaman lada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, pekebun lada di Meluan memerlukan lebih banyak infrastruktur kerana mereka adalah pengeluar lada berkualiti terbaik di Sarawak.

“Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak tidak seharusnya mengabaikan lada hanya kerana ia di bawah agensi persekutuan, Lembaga Lada Malaysia (MPB).

“Kita harus fokus untuk meningkatkan nilai komoditi yang sudah kita miliki sebelum memperkenalkan tanaman baharu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pada masa sama beliau mahu membangunkan Lada Julau kerana lada dari kawasan Ulu Entabai dan Masit adalah berkualiti sangat tinggi.

“Pekebun di kawasan ini amat mahir menanam lada dan juga kualiti tanah dan sumber air membolehkan mereka menghasilkan lada putih krim yang amat berkualiti tinggi,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan