Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Michael Tiang Ming Tee menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang @ Sinang Bada

Kerajaan Sarawak giat bendung penyakit Hepatitis B

KUCHING, 15 Nov: Kerajaan Sarawak giat menjalankan usaha membendung penyakit Hepatitis B di wilayah ini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pelbagai program dan aktiviti kesihatan giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Serian bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat seterusnya membendung penyakit tersebut daripada merebak.

“Pejabat Kesihatan Daerah Serian melaksanakan pelbagai program kesihatan bagi membendung penularan penyakit Hepatitis B di Serian. Kes-kes baharu yang dicatatkan akan disiasat secara teliti dan kontak rapat turut disaran untuk menjalani saringan kesihatan selain diberi maklumat mengenai penyakit Hepatitis B ini.

“Terdapat juga klinik-klinik kesihatan di Siburan dan Balai Ringin yang menempatkan pakar kesihatan keluarga selain pakar perubatan dan pediatrik di Hospital Serian yang boleh membantu pesakit di daerah tersebut,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr. Simon Sinang @ Sinang Bada.

Tambah Michael, kementeriannya akan sentiasa bekerjasama dengan komuniti kesihatan dalam memantau senario kesihatan berkaitan penyakit Hepatitis B dan berharap agar kes yang dicatatkan akan berkurangan pada tahun mendatang.

“Pada tahun 2022 sebanyak 99 kes Hepatitis B direkodkan di Serian, sementara 223 kes dicatatkan pada tahun 2023 dan sehingga Oktober tahun ini, 76 kes telah direkodkan. Peningkatan kes pada tahun 2023 adalah berdasarkan hasil daripada kekerapan aktiviti saringan kesihatan yang dijalankan pada tahun tersebut.

“Pada masa sama, penghidap Hepatitis B dalam kelompok umur di atas 35 tahun mencatatkan 83 kes pada tahun 2022, 207 kes pada tahun 2023 dan 63 kes pada tahun ini. Sementara bagi kelompok umur di bawah 35 tahun pula, 16 kes masing-masing direkodkan pada tahun 2022 dan 2023 sementara 16 kes dicatatkan pada tahun ini. Manakala, sepanjang tiga tahun ini, seramai 181 wanita dan 221 lelaki disahkan sebagai penghidap penyakit Hepatitis ini,” ujarnya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar lebih cakna tentang penyakit tersebut dan berharap kes berkaitan Hepatits B berjaya dikawal pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan