Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jamil Hamali berkata IOSTE dapat membantu pelbagai pihak dalam mencari pendekatan terbaik untuk mengubah persepsi pelajar bahawa STEM bukanlah satu bidang yang sukar. Foto TVS

IOSTE platform pertukaran ilmu yang inovatif dalam bidang STEM

KUCHING, 15 Nov: Simposium International Organization for Science and Technology Education (IOSTE) 2024, bertemakan “Science and Technology Education for Sustainability and Social Justice,” berperanan sebagai platform pertukaran ilmu yang inovatif khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Presiden Invention and Design Association of Sarawak (IDEAS), Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, menyatakan bahawa simposium ini dapat membantu pelbagai pihak dalam mencari pendekatan terbaik untuk mengubah persepsi pelajar bahawa STEM bukanlah satu bidang yang sukar.

Menurutnya, ia juga bertujuan menggalakkan perubahan dan menyelaraskan dasar yang lebih efektif dalam melaksanakan aktiviti STEM melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif.

Eespons yang lebih menyeluruh diperlukan segera di peringkat antarabangsa dan tempatan bagi menawarkan perspektif baharu untuk membawa perubahan transformatif dalam pendidikan STEM.

“Kami bertukar-tukar ilmu mengenai amalan terbaik dan inovatif, dan saya percaya ini dapat mempercepatkan usaha untuk mengubah persepsi pelajar bahawa STEM tidaklah begitu sukar.

“Di samping itu, kami turut membincangkan cara untuk menggalakkan perubahan dan keselarasan dasar yang lebih menyeluruh bagi melaksanakan aktiviti STEM dengan inovasi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Simposium IOSTE ke-21 di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, simposium ini menyokong matlamat tersebut melalui bengkel perbincangan meja bulat.

Respon lebih bersepadu diperlukan di peringkat antarabangsa dan tempatan dengan kerjasama semua pihak berkepentingan.

Tambahnya, tindakan susulan yang lebih konkrit boleh diambil selepas simposium ini bagi mengukuhkan amalan inovatif dalam pendidikan STEM, terutama dalam konteks pendidikan digital dan kemajuan teknologi untuk melahirkan pelajar abad ke-21 daripada generasi Alpha, Y, dan Z.

Beliau turut menegaskan bahawa semua pihak perlu terus berinovasi dan mencari kaedah terbaik untuk menangani cabaran kritikal masa kini dengan sentiasa berkongsi pengetahuan tentang cara memanfaatkan inovasi serta teknologi maklumat bagi membentuk masyarakat yang lebih baik untuk semua generasi.

Simposium IOSTE 2024 yang berlangsung selama lima hari, bermula dari 11 hingga 15 November 2024 turut dihadiri pakar-pakar pendidikan dari Jepun, India, Afrika Selatan, Portugal, Jerman, Sweden, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat dan Brazil.

Tags: IOSTE, STEM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan