Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur mencatat purata 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025. Foto hiasan Envato

Inflasi keseluruhan negara diunjur 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur mencatat purata 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, jangkaan itu mengambil kira dasar domestik akan datang yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Jelasnya, dasar ini termasuk pelaksanaan subsidi bersasar RO595 dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kadar ini kekal bergantung pada tahap limpahan daripada langkah dasar domestik sehingga kepada harga yang lebih luas, serta risiko yang berlarutan daripada pembangunan luar, yang boleh menjejaki harga komoditi global atau mengganggu bekalan semasa global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata inflasi domestik yang lebih rendah dijangka berlaku berikutan pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan.

Jelas beliau inflasi domestik yang rendah mampu menjejaskan harga komoditi global dan keadaan ekonomi domestik melalui permintaan luar yang lebih lemah.

Pada suku ketiga 2024, inflasi utama dan teras kekal stabil pada 1.9 peratus.

“Inflasi asas yang stabil pada suku tersebut terus menunjukkan limpahan terhad kepada harga yang lebih luas berikutan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan