Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour (kanan) hadir pada sidang media pengumuman KDNK suku ketiga 2024 di sini hari ini.

Ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus suku ketiga 2024

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, berbanding 5.9 peratus pada suku kedua.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata pertumbuhan didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Jelas beliau, aktiviti pelaburan disokong oleh perbelanjaan yang kukuh bagi struktur serta jentera dan peralatan, manakala perbelanjaan isi rumah terus meningkat berikutan keadaan
pasaran pekerja yang positif dan sokongan dasar.

“Dalam sektor luaran, eksport terus mengukuh berikutan permintaan luaran yang semakin pulih dan limpahan positif daripada peningkatan kitaran teknologi global.

“Import juga berkembang pada kadar yang lebih pantas, berikutan permintaan barangan modal dan barangan perantaraan yang kukuh untuk menyokong peningkatan pelaburan dan perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman KDNK suku ketiga 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, dari segi penawaran pula kebanyakan sektor terus menyokong pertumbuhan khususnya peningkatan sektor perkilangan yang didorong oleh kelompok berorientasikan eksport.

“Walau bagaimanapun, pertumbuhan sebahagiannya diimbangi oleh aktiviti penyenggaraan dalam sektor perlombongan.

“Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, momentum pertumbuhan menjadi sederhana kepada 1.8 peratus,” katanya.

Mengenai inflasi, Abdul Rasheed berkata inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.9 peratus pada suku ketiga.

Sementara itu beliau berkata, secara keseluruhan, bilangan item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan menurun kepada 38.9 peratus pada suku ketiga tahun 2024 berbanding 49.4 peratus suku sebelumnya.

Sementara itu, inflasi keseluruhan dan inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 1.8 peratus.

Abdul Rasheed berkata kesan limpahan daripada pelarasan harga diesel kepada harga am adalah terkawal ekoran langkah-langkah pengurangan dan penguatkuasaan yang berkesan.

“Pada masa hadapan, prospek inflasi akan bergantung pada pelaksanaan langkah-langkah dasar dalam negeri yang selanjutnya berhubung dengan subsidi dan kawalan harga, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan