KOTA KINABALU, 15 Nov: Kerajaan Sabah memberiĀ bantuanĀ RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini berkata inisiatif yang julung kaliĀ diadakan itu melibatkan peruntukan RM358.5 juta.
Beliau berkata golongan miskin dan miskin tegar yang layak diberikan bantuan berkenaanĀ telah dikenal pasti menerusiĀ Program Sentuhan Kasih RakyatĀ dan is antara lain diharap dapat membantuĀ mengurangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi kini.
āBantuan ini juga diharap dapat mengurangkan beban kewangan dalam tempoh tertentu sekali gus memberi ruang kepada mereka menyesuaikan diri dan mencari ikhtiar lain dalam menambah pendapatan,ā katanya.
Masidi berkataĀ sebagai usaha berterusan bagi memastikan golongan tersebut tidak ketinggalan daripada arus pembangunan, taraf hidup dan ekonomiĀ kerajaan Sabah juga memperuntukkan RM488.5 juta untuk melaksanakan pelbagai program membasmiĀ kemiskinan.
Beliau berkata sebanyak RM250 juta diperuntukan bagi pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan DUN, peningkatan peruntukan 100 peratus berbanding belanjawan tahun ini.
āSetakat bulan lepas sebanyakĀ 4,482Ā Rumah Mesra SMJ telah dibina bagi membolehkanĀ golongan miskin dan miskin tegar ini memiliki kediaman mereka sendiri, tempat untuk mereka serta keluargaĀ berteduh,ā katanya.
Selain itu, beliau berkata peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaanĀ sah juga buat julung kaliĀ diberikan bantuan sekali bayar sebanyak RM5,000.
Masidi berkataĀ RM214 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja di bawah peruntukan khas dan projek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah.
Beliau berkata RM19.5 juta pula diperuntukkan untuk Program Pembangunan Kecil,Ā Program Penyediaan Kemudahan dan Pembaikan Kawasan, Program Ameniti dan Ekonomi Desa, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan.
āPelan Pembangunan SMJĀ di bawah teras inisiatif utama Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat menggariskan mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan sebagai satu daripadaĀ usaha ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat,ā katanya.