Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karyawan Seni Visual Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) pada sidang media selepas menerima Anugerah Seniman Negara 2024 pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 di sebuah hotel pada Rabu. Foto Bernama

Anugerah Seniman Negara penghargaan kepada pelukis komik – Lat

ByBernama

IPOH, 15 Nov: Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat menyifatkan Anugerah Seniman Negara yang diterima beliau baru-baru ini, sebagai bukti bahawa pelukis komik turut diiktiraf setaraf dengan penggiat seni dan budaya yang lain.

“Saya lukis komik sudah hampir 60 tahun, kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan usia, mereka ialah pencetus ilham saya selama ini, cerita-cerita masyarakat, isu semasa menjadi antara bahan dalam lukisan komik saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Lat yang merima Anugerah Seniman Negara ke-9 itu daripada Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 di ibu negara pada Rabu lepas, menzahirkan penghargaan kepada insan dan pihak yang sentiasa menyokong karya beliau selama ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua,” katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan serta guru yang pernah memberi ilmu kepadanya.

Seniman Diraja itu juga amat menghargai pelukis-pelukis veteran yang menjadi mentornya selama berkarya.

“Saya pernah dibimbing ramai pelukis hebat seperti Rejabhad, Raja Hamzah, Alias Kulop, Saidin Yahya dan Sulaiman Awang, ada yang telah tiada, ada yang saya tidak pernah jumpa, namun saya banyak belajar cara melukis daripada mereka,” katanya.

Pernah melukis di akhbar Berita Harian dan New Straits Times selama hampir 40 tahun, Lat berkata walaupun telah jarang melukis akibat faktor kesihatan, namun beliau berharap karya-karya yang pernah diterbitkan terus menjadi inspirasi kepada pelukis muda hari ini.

Pada majlis itu, Lat menerima wang tunai sebanyak RM60,000, watikah, trofi dan sepersalinan pakaian kebangsaan.

Beliau turut dianugerahkan status sebagai Seniman Tamu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta insentif untuk meneruskan karya seni dan layak menerima rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.

Mengulas lanjut, Lat kini memenuhi aktiviti harian beberapa kali seminggu dengan berkunjung ke Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah untuk bertemu dengan pengunjung di situ.

“Saya seronok bercerita dengan mereka yang datang untuk menghayati hasil seni tempatan, menunjukkan surat-surat daripada penerbit dulu-dulu, serta membawa mereka ke rumah Kampung Boy, setakat ini masuk (galeri) masih percuma,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan