Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngar Kor Ming.

44 PPW diluluskan lesen pemberian pinjaman berlesen secara dalam talian

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan 44 permohonan pemegang lesen Pemberi Peminjam Wang (PPW) untuk menawarkan pemberian pinjaman secara dalam talian.

Menterinya Nga Kor Ming berkata, langkah berkenaan bagi memastikan industri PPW dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) kekal relevan dan berevolusi seiring dengan keperluan semasa.

“Bagi tujuan pembangunan industri, Kementerian ini telah mengeluarkan Garis Panduan Pemberian Pinjaman Wang Dalam Talian sebagai panduan kepada pemegang lesen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)dan pihak berkepentingan dalam urus niaga pinjaman wang dalam talian (online money lending),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Anugerah Kredit Madani 2024 di sini, hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib.

Sementara itu Kor Ming memaklumkan sehingga 30 September lalu, terdapat 4315 pemegang lesen PPW dengan 3,141 pemegang lesen di Semenanjung Malaysia diselia oleh pihaknya.

Tambah beliau baki 1,174 pemegang lesen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula berada di bawah kawal selia Pihak Berkuasa Pelesenan di negeri masing-masing.

“Bagi tempoh yang sama, terdapat 902 pemegang lesen PPG di seluruh negara dan kawal selia bagi kesemua pemegang lesen tersebut adalah di bawah KPKT,” katanya lagi

Tambahnya lagi, kesinambungan inisiatif KPKT memodenisasikan serta menjenamakan semula industri sewajarnya disambut dengan baik oleh pihak industri.

Antaranya ialah pematuhan terhadap Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) serta peraturan.

“Ia juga merangkumi pembangunan imej korporat syarikat yang positif bagi meningkatkan keyakinan pasaran terhadap industri kredit komuniti dan pengadaptasian inovasi baharu yang mampu meningkatkan kemampanan perniagaan dan daya saing perubahan.

“Seterusnya, pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai sumbangan kepada komuniti melalui pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya lagi.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan