Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Mancha Ata menyampaikan sijil penghargaan semasa Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di perkarangan Kawad Ibu pejabat Kontinjen Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Tingkat penguatkuasaan, ambil tindakan lebih sistematik

KUCHING, 14 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak diseru untuk mempertingkatkan usaha penguatkuasaan termasuk mendapatkan maklumat risikan bagi menangani kes melibatkan elemen gangsterisme, sindiket dadah, jenayah siber dan jenayah rentas sempadan.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Mancha Ata berkata, semua jabatan, ketua formasi dan ketua polis daerah perlu menggunakan setiap elemen yang ada untuk merangka tindakan lebih sistematik dan berimpak tinggi.

Mereka juga katanya perlu proaktif dan serius dalam menangani isu jenayah serta lebih peka dengan keadaan persekitaran dan tidak terus berdiam untuk menunggu aduan sebelum mengambil tindakan.

“Saya menyeru semua jabatan, semua ketua formasi dan semua ketua polis daerah untuk mempertingkatkan usaha dalam penguatkuasaan dan mendapatkan risikan maklumat dengan menggunakan semua elemen yang ada untuk kita merangka tindakan lebih sistematik dan berimpak tinggi.

“Sebagai agensi penguatkuasa yang utama di negara, kita tidak boleh lagi duduk diam dan menunggu aduan sebelum mengambil tindakan dan semua peringkat perlu proaktif dan serius dalam menangani isu jenayah yang berlaku serta peka dengan apa yang berlaku di persekitaran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di perkarangan Kawad Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di Kuching pada Khamis.

Mancha berkata, anggota PDRM Kontinjen Sarawak juga perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar lebih cekap mengatasi kelicikan penjenayah termasuk melakukan penelitian serta kajian ke atas Modus operandi terkini perlakuan jenayah.

Jelasnya, taat setiap kepada pasukan dan negara perlu terus subur dalam diri setiap anggota serta menghindari daripada menjadi gunting dalam lipatan kerana ia mampu mengagalkan segala perancangan memerangi jenayah serta boleh meruntuhkan organisasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan