Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Platform media sosial TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam selain menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu itu. Foto fail AFP

TikTok beri jaminan jalin kerjasama dengan MCMC, BNM tangani buli siber dan ancaman scam

ByBernama

LIMA (Peru), 14 Nov: Platform media sosial TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam selain menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani isu itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan semasa beliau bertemu dengan delegasi TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di sini hari ini.

“Dalam pertemuan ini, saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Jan tahun depan.”

“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman scam serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata turut dibincangkan ialah kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia.

“… dan mereka memberi perakuan (akan) melanjutkan pelaburan secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan