Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew di luar persidangan Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

TikTok beri jaminan beri perhatian terhadap isu buli siber, penipuan, fitnah di Malaysia – Anwar

ByHafeezzur Muzamir

PERU, 14 Nov: TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan melibatkan isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi platform itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau semasa pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew di luar persidangan Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini, hari ini.

Menurut Anwar, pengendali platform media sosial itu turut menyatakan komitmen untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kami turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran di negara kita.

“TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial miliknya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau turut membincangkan pelaksanaan rangka kerja kawal selia baharu yang akan memperkenalkan pelesenan untuk perkhidmatan media sosial dan platform pemesejan internet, berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

“Rangka kerja ini merupakan langkah penting ke arah memastikan persekitaran digital yang lebih selamat, meningkatkan perlindungan pengguna dan menyokong operasi platform yang bertanggungjawab.

“Saya berharap untuk meneruskan dialog dan kerjasama sambil kita mengemudi landskap kawal selia baharu ini bersama-sama, mengimbangi keperluan untuk inovasi dengan komitmen bersama kita terhadap keselamatan rakyat dan akauntabiliti syarikat teknologi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan