Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Tiada cadangan tubuh IPT berkaitan hidroelektrik di Bakun, Murum

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Nov: Kerajaan Sarawak belum bercadang menubuhkan serta menempatkan institusi pengajian tinggi atau Pendidikan, Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) berkaitan industri tenaga hijau terutama hidroelektrik di Bakun dan Murum setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi di Sarawak yang menawarkan program berkaitan antaranya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Curtin Sarawak, Swinburne University of Technology Sarawak, Advanced Technology Training Centre (ADTEC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

“Terdapat sebuah institusi TVET iaitu ADTEC Bintulu yang berhampiran dengan Murum menawarkan kursus teknologi tenaga hijau bersumberkan tenaga solar.

“Selain dari kursus teknologi hijau, ADTEC Bintulu juga turut menawarkan kursus dalam bidang elektrikal seperi mekatronik, penyejukbekuan dan penyamanan udara serta elekrik (kuasa),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Menurut Francis, kursus dalam bidang mekanikal juga ditawarkan seperti Automotif, Pemasangan Paip Minyak dan Gas serta kimpalan pada institusi berkenaan.

Untuk rekod, ADTEC Bintulu adalah sebuah institusi latihan dan pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan