Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan surat mengenai pelantikan seorang individu sebagai pegawai di pejabatnya adalah palsu. Foto fail TVS

Surat palsu guna nama TPM Fadillah dikesan di Sarawak

KUCHING, 14 Nov: Satu surat palsu yang menggunakan kepala surat Jabatan Perdana Menteri dan nama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah dikesan ditujukan kepada seorang individu di Sarawak.

Surat tersebut mendakwa bahawa individu berkenaan telah dilantik sebagai pegawai di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Saya mengesahkan bahawa tiada surat sedemikian yang dikeluarkan oleh pejabat saya dan ia adalah surat palsu.

“Malah ia cuma memetik nama saya tanpa ada sebarang tandatangan saya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mana-mana individu yang menerima surat sedemikian diminta supaya tidak mudah terpedaya dan merujuk kepada pejabat saya di talian 03-88724462 untuk pengesahan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan