Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini. Foto Bernama

Suami isteri antara tiga individu ditahan selepas dadah lebih 51kg ditemukan dalam kereta

ByBernama

TANJUNG MALIM, 14 Nov: Polis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, selepas menemukan 50 bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat lebih 51 kilogram (kg) dalam kereta yang dinaiki mereka di Pusat Perniagaan Slim Perdana, Taman Sri Jaya dekat Slim River di sini, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata kereta Proton Preve yang disewa suspek itu ditahan pihaknya dengan kerjasama JSJN Kontinjen Perak dan Perlis, di kawasan tempat letak kereta pada pukul 3.35 petang.

“Dua lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 27 tahun disyaki berperanan sebagai transporter (penghantar) ditahan, mereka menyorokkan 50 bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam beg pakaian yang diletakkan di but kenderaan itu.

“Jumlah dadah yang dirampas seberat 51.97 kg dianggarkan bernilai RM2 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran dan diedarkan untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan jalan darat.

Khaw berkata hasil siasatan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun menerima upah RM2,000 setiap kali penghantaran bekalan dadah, manakala suspek ketiga berusia 27 tahun pula hanya menerima upah RM100 sahaja.

Beliau berkata sindiket itu mula aktif sejak Januari lepas dan hanya suspek pertama mempunyai rekod lampau, dan positif dadah jenis.methamphetamine.

Khaw berkata semua suspek direman sehingga 18 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan