Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

Sibu berpotensi jadi seperti Amsterdam

ByRegina Lee

KUCHING, 14 Nov: Sibu berpotensi menjadi seperti Amsterdam dalam aspek tarikan pelancongan melalui Program Pembaharuan Bukit Assek, kata Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, Kerajaan Sarawak  meluluskan beberapa perojek seperti pembangunan laluan Boardwalk dan pusat sehenti di Gerbang Utara Rizab Alam Semulajdi Bukit Lima dan penubuhan muzium Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) di Dataran Tunku Bujang.

“Muzium RASCOM ini melengkapi Muzium Lau King Howe dan Tugu Pahlawan sedia ada. Produk baharu ini boleh digabungkan ke dalam Jejak Warisan Sibu bersama tarikan warisan lain seperti Tua Pek Kong untuk mempromosikan Sibu sebagai pusat pelancongan dan menarik pelancong tempatan serta asing ke Bahagian Sibu.

“Kerajaan Sarawak juga telah menerima dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek pembangunan dan penyelenggaraan tarikan pelancongan di Sibu iaitu kerja penyelenggaraan di Pusat Warisan Sibu dan kerja awalan bagi pembinaan Taman Sandbar di Durin, Sibu,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assel Chieng Jin Ek pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Menurut Sebastian, Sibu juga diiktiraf kerana mempunyai Pasar Sentral dalam ruangan terbesar di Sarawak yang menempatkan lebih daripada 1,000 gerai.

Mengulas lanjut Sebastian berkata, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MCTP) melalui Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan mempertingkatkan daya tarikan Sibu dengan menganjurkan pengalaman hos di Sibu bagi pemimpin pendapat utama (KOLs), wakil media dan ejen pelancongan terutamanya semasa acara antarabangsa di Sibu.

Pada masa sama, MCTP melalui pihak berkuasa tempatan di Bahagian Sibu juga menyokong beberapa festival pelancongan ikonik seperti Festival Kebudayaan Borneo edisi ke-20, Festival Tarian Antarabangsa Sibu edisi ke-10, Minggu Basikal Antarabangsa Sibu edisi ke-12 tahun 2024 dan Karnival Sibu Jaya Edisi Keenam.

“Dengan siapnya Jalan Sibu-Kapit, ia menjadikan Sibu sebagai pintu masuk ke Kanowit, Song dan Kapit melalui arah Jambatan Durin yang seterusnya meningkatkan kedatangan pelancong domestik ke Sibu terutamanya semasa musim perayaan dan acara,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan